My Rainbow Dreams

Just Blogger Templates

Tuesday, January 26, 2010

SKMM siasat penulis blog hina Raja Melayu..

BANGI, Jan 25 — Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan melakukan siasatan terhadap seorang penulis blog yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Institusi Raja-Raja Melayu.

Beliau yang memandang serius perkara itu berkata beliau juga akan meminta Peguam Negara untuk membuat siasatan mengenainya selepas SKMM membuat siasatan awal.

“Kerana ini adalah salah satu daripada perkembangan di negara kita yang tidak perlu dipanjang-panjangkan.

“Kita mahu rakyat menghargai mereka yang telah memberi banyak sumbangan kepada negara dan sangat jarang sekali di negara Asia, rakyatnya menghentam bekas ketua negeri, terutamanya Almarhum Sultan Johor yang pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Serantau Seabad Buya Hamka di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan terhadap seorang penulis blog, dikenali sebagai Aduka Taruna yang mengeluarkan kenyataan liar mengenai kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.

Rais berharap masyarakat tidak akan meneruskan budaya yang tidak bertamadun itu yang bertentangan dengan cara hidup dan undang-undang di negara ini.

“Kita ada banyak hal yang perlu dilakukan, apalah untungnya mengkeji seseorang yang baru sahaja meninggal dunia.

“Sejarah banyak meninggalkan kesan, negara Rom juga banyak meninggalkan sejarah pahit dan hitam. Mereka (rakyat) tidak mencela dan menjadikan itu sebagai bahan perbandingan.

“Jadi, saya harap walau macam mana cerdik pun, gunakan kecerdikan itu untuk membina masyarakat Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Rais berkata kementerian akan memperuntukkan sebanyak kira-kira RM100,000 sebagai bantuan kepada pelajar UKM yang membuat kajian secara komprehensif mengenai sumbangan tokoh tersohor, Abdul Malik Karim Amarullah atau lebih dikenali sebagai Hamka.

Rais berkata Hamka merupakan seorang yang unik di Indonesia dan Malaysia serta seorang tokoh yang telah banyak menyumbang kepada perpaduan di antara kedua-dua buah negara itu.

“Oleh kerana saya sendiri mempunyai hubungan rapat dengan Allayharham sebelum beliau meninggal dunia, maka sumbangan beliau perlu dilihat dari segi pembudayaan bahasa yang menjadikan bahasa Melayu dan Indonesia sebagai bahasa penghubung masyarakat dan bahasa ilmu,” katanya.

Hamka ialah seorang ulama dan intelektual Muslim berasal Minangkabau, Indonesia yang pengaruhnya melampaui sempadan Indonesia dan di seluruh Tanah Melayu. — Bernama

Saturday, January 23, 2010

memoir @ Felda Pasak !!




Pada 5 dan 6 Januari yang lalu, kami selaku Pengurus-pengurus Telecentre telah mengikuti satu lawatan ke Felda Pasak. Lawatan ini turut disertai oleh pegawai UPEN serta kakitangan MICTH.. Actually, motif kami ke sane adalah untuk memperlihatkan kepada kami tentang perancangan serta program yg diadakan di Pusat Jalur Lebar Komuniti Felda Pasak. Untuk pengetahuan semua, objektif penubuhan Pusat Jalur Lebar Komuniti dan Pusat Komuniti Telecenter adalah sama iaitu mendekatkan masyarakat dengan kemudahan dan pembelajaran IT. Namun, perbezaannya di sini, dari segi kemudahan yang disediakan di sana adalah sememangnye amat ketara.

Lokasi pertama kami adalah ke PJLK Felda Pasak.. Ketibaan kami disambut oleh Pengurus serta Pembantu Pengurus PJLK Felda Pasak, pegawai SKMM dan beberapa org masyarakat di situ.. Kami diberi peluang utuk melihat sendiri suasana di dalam pusat tersebut. Memang tidak dinafikan, keadaan di sana amat selesa. Ia dilengkapkan dengan bilik pembelajaran yang selesa, kemudahan yg mencukupi dan sebagainya. Pengunjungnya mencatatkan ribuan org selama sebulan. Termasuk juga dengan ahli PJLK.. amat mengagumkan!!

Setelah setengah hari berada di dalam bas serta di PJLK Felda Pasak, kami dijamu dengan makanan yg sgt lazat.. yummyy!! Selesai makan, kami menunaikan Yang wajib di surau Felda Pasak.. hmm.. walaupun badan sudah semakin lesu, kami gagahkan diri untuk melawat lokasi kedua kami ke PJLK Simpang Ampat. Keadaan di sini juga lebih kurang same dengan PJLK Felda Pasak. Apa yang berbeza adalah keluasan dan bilangan komputer. PJLK ini lebih luas dan mempunyai 20 buah komputer.. banyak bukan? Di telecenter kami hanya terdapat 8 buah sahaja.. Dan dengan itu ia sememangnya tidak mampu menampung pengunjung yang ramai dalam suatu mase.